
Syaikh Muhyiddin Ad Darwisy
Beliau dilahirkan di Homs, Syuriah pada tahun 1908 M. Belajar secara Talaqqi di Ibtidaiyyah sampai Tsanawiyyah di beberapa madrasah sekitar Homs. Selanjutnya meneruskan studi perguruan tinggi di Damaskus. Setelah itu beliau menjadi pengajar Bahasa Arab di berbagai madrasah kerajaan kurang lebih 40 tahun.
Disamping mengajar beliau juga menulis karya-karya ilmiah di antaranya :
تقويم اليد و اللسان, ديوان ديك الجن الحمص, الصور الفنية المقتبسة من القران الكريم.
Bahkan selama 20 tahun beliau 'mewakafkan' diri untuk menulis kitab I`rabul Qurán wa Bayanuh (اعراب القران و بيانه). Dari kitab ini pula tergambar keluasan ilmu beliau terutama dalam bidang kesusastraan Arab
Semasa hidupnya beliau berakhlak mulia. Dengan segala upaya beliau menyembunyikan kefakiran dan kesengsaraan yang dialaminya. Setiap kali keluar menemui masyarakat sekitar pasti disertai dengan wajah yang ceria dan gembira. sehingga orang-orang menyangka beliau hidup berkecukupan.
Di usianya yang ke 74, beliau menghadap Ilahi Rabbi. Tepatnya pada tanggal 9 September 1982 M dan dikebumikan di Bandar-Homsy, Syuriah. Inilah biografi singkat syaikh Muhyiddin Ad Darwisy, semoga karya-karya beliau selalu memberikan manfaat dan keberkahan bagi siapa pun yang mempelajarinya, Aamiin, Al Fatihah.